Sunday, 24 January 2021

Kehidupan setelah tamat belajar. Ahaks..

 Assalamualaikum..

Lama jugak aisyah dah tak publish kat blog ni kan? Sebenarnya ada je aisyah tulis tapi draf je.. Sebab tengah-tengah menulis je rasa takde mood nak sambung, pastu draf je.. Hahaha.


Okey, setelah setahun berlalu, sepatutnya aisyah convo march 2020, TETAPI telah ditunda sebanyak beberapa kali, then last uitm decide buat green screen je.. Edit2 gambar convo.. Pada mulanya, aisyah isi gak borang nak convo green screen tu, then tetibe uitm kata extand and kene isi balik.. Aisyah terlupa untuk isi kali kedua tu.. So, memang tak de rezeki aisyah la nak pakai jubah convo degree.. Tak pe lah, dah tak de rezeki kan.. Huhuhu.


Okey, bulan September 2020.. Setelah setahun menganggur, akhirnya aisyah naik ke status 'YOURE ACCEPTED!' kahkahkah!!


Memang da sedia maklum, bidang ijazah yang aisyah ambil dulu memang susah nak dapat kerja.. Sebab bagi aisyah, bidang kami terlalu banyak cabang.. So, setiap cabang tu dah ada specialist sendiri.. Tapi, kalau ada usaha yang kuat, sesiapa yang kuat usaha, memang boleh berjaya dengan bidang ni.. Tapi aisyah bukan orang yang camtu lah.. Hahahaha. Teruk betul aku ni..


Okey, ni nak cerita tentang pekerjaan aisyah.. Aisyah diterima kerja disebuah syarikat food consultant.. Bukan khidmat nasihat pemakanan sihat, cara nak diet so on tu.. Bukan itu.. Syarikat ni macam kalau nak apply HALAL ke HACCP ke nak dapatkan sijil Kursus Pengendalian Makanan (KPM) boleh lah berhubung dengan syarikat aisyah..


Aisyah mula-mula just nak cuba-cuba je. Sebab aisyah dah mula frust apply sana sini tak dapat kerja. Then, time tu memang last lah jawatan yang aisyah apply, itu pun aisyah send whatsapp je. Tak sangka, rezeki memang tak pernah salah alamat.


Yang paling aisyah happy sangat. Mungkin sebab berkat kesabaran aisyah selama ni apply sana sini kerja tak dapat, majikan aisyah sangat-sangat baik. Makan lunch memang dia belanja setiap kali dia datang office, internet aisyah dia bagi elaun walaupun aisyah guna untuk tengok movie je. Hahaha.


Jawatan? Okey, mesti ramai fikir aisyah kerja kerani je kan? Nope.. Memang Alhamdulillah, majikan aisyah percaya dengan kebolehan aisyah. Dia letak aisyah as pembantu dorang.. Executive.. Sebab aisyah tak buat pun kerja kerani sangat, majikan yang buat kerja-kerja kerani. Hahaha. Aisyah buat kerja-kerja project dorang..


Itu je la kut untuk malam ni aisyah nak berceloteh.. Kat sini aisyah sertakan iklan syarikat aisyah, kut la ada yang nak buat permohonan halal ke apa kan.. Boleh la terus contact.. Okey?

https://www.primebiz.com.my/

Sebut nama aisyah je kalau korang dapat tahu dari sini.. Hahaha. Nanti aisyah yang akan layan korang.. Dont worry.



--->> PUBLISH

Sunday, 26 April 2020

Nak kawen jugak!

Hahahaha. Hai assalamualaikum. Salam ramadhan.. Hari ni hari ke-3 kita rakyat malaysia khususnya menyambut ramadhan al-mubarak..

Okey, tajuk kali ni macam gatal sikit. Yes!! Aisyah teringin nak kahwin sejak kawan baik aisyah masa degree dah nikah. Syu dah nikah!! Hurmm. Aisyah pun nak nikah jugak!! Hahahahahaha.

Okey, bukan itu yang aisyah nak ceritakan.. Aisyah nak ceritakan tentang dia dan suami. Well, hahahahha.. Aisyah sangat teruja dorang kahwin sebab aisyah yang kenenkan. Aisyah tak sangka la dorang memang jodoh.. Pada mulanya ada kawan lelaki ni dia mintak tolong aisyah carikan dia awek. So, aisyah pun bagi lah nombor dia pada syu ni dan mintak lelaki ni contact syu. 

So, tak sangka everything going sooooo well. Then, dorang dah selamat diijabkabulkan dua hari sebelum ramadhan. 

Ramai tanya, dorang nikah online ke? Eh, tak lah, dorang nikah dekat2 je tapi tak salam lah. Sebab musim PKP ni kan. Kene jaga jarak social guys. 

So kat sini aisyah selit gambar dorg nikah. Okey? 



PUBLISH->>

Saturday, 7 March 2020

Rupa paras vs kemewahan ??

Rupa paras vs kemewahan, mana satu korang akan pilih??



Okey, sekarang pukul 2:26 pagi.. Aisyah nak tidur dah sebenarnya ni.. Tapi aisyah rasa nak share something yang menganggu fikiran aisyah sejak tadi.. 

Ada orang twit perempuan akan pilih rupa paras tau kemewahan?? Aisyah pilih kemewahan.. WHY??

Okey, kemewahan ni ada kelebihan ada kekurangannya. Tetapi, jika dibandingkan dengan rupa paras, kemewahan lebih banyak menguntungkan dari hanya rupa paras yang menawan.. 

Memang kemewahan tak boleh beli kebahagiaan. Tetapi, adakah bahagia jika muka hensem tetapi tak setia?? Sekurangnya kemewahan tu boleh la jugak merasa pergi umrah, beli baju berkualiti. Betul kan?? 

Okey, apa pula pendapat korang?? Rupa paras atau kemewahan??

PUBLISH-->>

Popular Posts